________________________________________________________________________________________________________
Monday, March 15, 2010
Mengapa Rancangan untuk Mewujudkan Pengawal Keselamatan Belum Dapat Dilaksanakan?
1. Jumlah penduduk yang mengembalikan borang maklum balas bagi menyatakan persetujuan tidak mencapai sasaran.
2. Kos sebulan bayaran untuk perkhidmatan kawalan keselamatan seramai 6 orang (3 siang dan 3 malam) adalah sebanyak RM 10,800.00. Pihak JK merasakan tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan sumbangan dan menjalankan kutipan sejumlah itu daripada penduduk untuk setiap bulan.
3. Rondaan waktu malam yang dijalankan secara sukarela oleh penduduk secara bergilir-gilir mengikut lorong telah dapat mengurangkan kes kecurian di taman kita. Walau bagaimanapun penglibatan penduduk untuk program rondaan ini masih rendah terutama pada hari bekerja.
4. JK KRT dan wakil-wakil lorong telah membuat keputusan untuk mengadakan kawalan keselamatan hanya bermula 12.00 malam sehingga 8.00 pagi. Dengan itu kos dapat dikurangkan. Surat hebahan akan diedarkan pertengahan bulan Mac 2010 dan diharapkan Kawalan Keselamatan ini akan dapat dijalankan mulai bulan April 2010. Kerjasama dari semua penduduk sangat-sangat diharapkan demi untuk mewujudkan kawasan kejiranan yang lebih baik.
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (SECURITY GUARD) DAN RONDAAN MALAM
2. Buat masa ini aktiviti rondaan secara bergilir-gilir pada waktu malam mengikut lorong sedang berjalan. Namun penglibatan penduduk secara sukarela dalam aktiviti rondaan tersebut masih rendah. Satu majlis dialog bersama penduduk telah diadakan pada 3 Januari 2010 yang lalu di Dewan Serbaguna Bandar Putra Bertam. Seramai 107 orang penduduk yang hadir dalam dialog tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan dua perkara berikut;
I. Mengadakan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Guard) dan meneruskan aktiviti rondaan secara sukarela seperti yang sedang berjalan sekarang.
II. Menutup lorong-lorong tikus (laluan motosikal) yang telah dikenalpasti digunakan oleh penjenayah untuk melarikan diri.
3. Daripada perbincangan JK KRT Seksyen 5 dengan syarikat kawalan keselamatan yang telah dikenalpasti kos untuk perkhidmatan kawalan keselamatan adalah seperti berikut;
I. Kos bayaran untuk setiap rumah ialah RM 20.00 sebulan dan melibatkan tidak kurang daripada 350 buah rumah. (sekiranya lebih boleh dirundingkan lagi)
II. Perkhidmatan yang diberikan ialah kawalan 24 jam serta perlindungan insuran. Setiap hari anggota keselamatan yang akan bertugas adalah seramai 6 orang (3 orang setiap sift). Sebahagian akan bertugas di pos kawalan dan sebahagian akan meronda di dalam kawasan perumahan.
4. Sehubungan dengan itu pihak kami amat memerlukan maklum balas daripada semua penduduk dengan mengisi borang jawapan yang disertakan kepada ketua lorong masing-masing sebelum 27 Januari 2010 untuk tindakan selanjutnya. Perkhidmatan kawalan keselamatan akan hanya diteruskan sekiranya persetujuan daripada semua penduduk mencukupi.
Kerjasama daripada semua penduduk didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
“Muafakat Membawa Berkat”
Yang menjalankan tugas,
HJ. ABDUL HAMID BIN RAMLEE
(Pengerusi KRT )
Seksyen 5, Bandar Putra Bertam
Laporan Jamuan Perpaduan 2009
Program ini telah diadakan pada 5 Disember 2009, bertempat di Dewan Serbaguna Seksyen 5, mulai jam 3.00 hingga 6.00 petang. Para penduduk telah berkerjasama di dalam membuat persiapan seperti membersihkan dewan, mendirikan khemah, memasak dan sebagainya. Di dalam program tersebut juga telah diadakan pertandingan teka coklat bertujuan untuk menambahkan lagi kemeriahan program pada hari itu. Disamping itu KRT Seksyen 5 juga telah menjemput pelajar-pelajar dari asrama ACMS yang terletak bersebelahan untuk turut menjamu selera. Diharapkan melalui aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan lagi ukhuah antara penduduk dan juga komuniti disekitar .
Laporan Hari Keluarga 2009
Hari keluarga telah dijalankan pada 28 Jun 2009 yang lalu mulai jam 8.00 Pagi sehingga 1. 30 tengahari bertempat di Padang Permainan Seksyen 5 Bandar Putra Bertam. Berikut adalah antara acara yang telah dijalankan pada hari tersebut:
Acara sukaneka:
1) Mewarna – peralatan bawa sendiri
2) Kerusi berirama
3) Lari dalam guni
4) Isi air dalam botol
5) Boling padang
6) Menganyam ketupat
7) Tiup tepung
8) Tarik tali
9) Mengutip gula-gula
10) Cabutan rumah bertuah
Pameran:
1) Pameran Polis
2) Pameran Bomba
3) Pemeriksaan Kesihatan dari USM
4) Program derma darah dari Hospital
Kepala Batas
Sarapan pagi juga telah disediakan oleh pihak penganjur. Selain dari itu setiap rumah yang berdaftar pada hari keluarga telah mendapat sekeping pelekat kereta "Seksyen 5, Bandar Putra Bertam.
Laporan Gotong Royong 2009
Surau baru Seksyen 5, Bandar Putra Bertam telah diserahkan oleh pihak Pemaju kepada penduduk melalui Jabatan Agama Islam Pulau Pinang mulai 1 Mei 2009 yang lalu. Pada 19 Mei 2009 KRT Seksyen 5, telah menganjurkan “Program Gotong Royong Membersihkan Surau”. Alhamdullillah sambutan ahli kariah sangat diluar dugaan. Lebih 100 ahli kariah telah turut serta dalam program tersebut. Jamuan ringan telah disediakan oleh KRT. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dan diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini akan terus mendapat sambutan.
Pada tarikh yang sama, diadakan juga mesyuarat melantik Jawatankuasa surau yang baru. Tahniah kepada yang terpilih untuk menerajui Surau Seksyen 5. Mulai tarikh tersebut juga solat jamaah telah dimulakan disurau tersebut. Kini surau tersebut telah dikenali dengan nama Surau Al-Falah. Marilah bersama-sama kita mengimarahkan surau kita disamping merapatkan ukhuwah dan tali persaudaraan sesama kita.
Morning Walk
Program ini adalah aktiviti kolaborasi antara KRT Seksyen 5 Bandar Putra Bertam dengan Biro Kejiranan, Kebajikan & Riadah Surau Al-Muttaqin dan Surau Al- Fallah. Program ini diketuai oleh Tn. Hj. Hamid, yang juga merupakan Pengerusi KRT Seksyen 5, Bandar PutraBertam. Semua pendudak sekitar yang berkelapangan telah dijemput untuk terut sama dalam aktiviti ‘Morning Walk’ yang telah dijalankan pada hari Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan bermula pada 19 April 2009. Program “Morning Walk” ini telah dijalankan di sekitar Seksyen 5 dan 6 Bandar Putra Bertam. Para penduduk yang menyertai program tersebut akan berkumpul di hadapan Surau Al-Muttaqin Seksyen 6 pada jam 7.15 pagi Di sini akan diadakan aktiviti pemanasan badan. Seterusnya para peserta akan berjalan di sekeliling taman Seksyen 6 dan 5 sambil berbincang berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di sekitar kejiranan. Program ini akan berakhir di Surau Al –Fa llah Seksyen 5 pada kira-kira jam 9.00 pagi. Melalui aktiviti seperti ini diharap akan dapat memberi manfaat kepada penduduk melalui gaya hidup sihat & juga dapat merapat hubungan silaturahim sesama penduduk Bandar Putra Bertam.