Selamat Datang ke Laman Blog KRT Seksyen 5, Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang
________________________________________________________________________________________________________

Thursday, April 29, 2010

Kawalan Malam Sudah Dilaksanakan

Alhamdulillah akhirnya Unit Kawalan Keselamatan Komuniti telah dapat dijalankan di taman kita mulai 1 April 2010 yang lalu. Buat masa ini kawalan keselamatan hanya dilakukan mulai 12.00 malam sehingga 8.00 pagi. Insya'Allah sekiranya keadaan kewangan kita mencukupi kita boleh panjangkan lagi waktu kawalan. Setakat ini setiap rumah di taman kita diminta untuk menyumbang sebanyak RM 15.00 sebulan untuk membayar khidmat kawalan ini. Pondok kawalan juga telah dapat disediakan

Setiap malam seramai 4 orang akan bertugas mengawal kawasan perumahan kita. Mereka akan memakai "Vest KRT" semasa membuat rondaan. Kepada ahli yang membayar akan diberi tag "Kawalan Keselamatan Komuniti" untuk dilekatkan di pagar rumah. Setiap kali rondaan rumah-rumah yang mempunyai tag akan disuluh setiap 30 minit bagi memastikan tidak berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini.

Walaubagaimanapun masih ramai penduduk yang masih belum menjelaskan sumbangan tersebut menyebabkan banyak perancangan seperti membina palang dan sebagainya masih tidak dapat dijalankan. Setakat ini hanya 220 buah rumah yang telah menjelaskannya. Sedangkan rumah di kawasan kejiranan kita adalah sebanyak 578 buah rumah. Diharap kepada mereka yang belum menjelaskan dapat berhubung dengan ketua lorong (klik butang Jawatankuasa) bagi faedah bersama.

Alhamdulillah, sejak sistem kawalan malam dan rondaan dijalankan tidak berlaku lagi kejadian-kejadian jenayah sepanjang tempoh masa kawalan dijalankan seperti sebelumnya.

Diharapkan Sistem kawalan ini akan dapat diteruskan untuk kebaikan bersama. Ini adalah permintaan sebahagian besar penduduk yang mahu kejiranan dan keluarga mereka selamat terutama di waktu malam ketika para suami bertugas di luar kawasan. Sistem kawalan ini hanya akan dapat diteruskan sekiranya mendapat sokongan dari semua penduduk di kawasan kejiranan kita ini.

Terima kasih kepada penduduk yang peduli dan telah memberikan sumbangan dan tenaga bagi menjayakan sistem kawalan kita ini.

JK KRT.