Selamat Datang ke Laman Blog KRT Seksyen 5, Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang
________________________________________________________________________________________________________

Aktiviti

AKTIVITI DI TAMAN KITA

1. Surau
Jawatankuasa Surau Al-Falah telah merancang pelbagai aktiviti yang tetap dan berkala bagi mengimarahkan lagi syiar Islam di taman kita ini. Antaranya ialah solat berjamaah, bacaan Yassin, kuliah mahgrib, kenduri, ziarah serta ceramah bersempena dengan hari-hari perayaan tertentu. Disamping meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT yang telah melimpahkan nikmat dan rezki yang luas kepada kita, dengan menyertai program-program surau dapat kita mengenali saudara-saudara yang tinggal berjiran dengan kita. Insya'Allah kalau surau kita makmur dan ramai jamaahnya banyak masalah di taman kita akan dapat diselesaikan dengan mudahnya.

Marilah sama-sama kita mengimarahkan surau kita, Surau Al-Falah. Bawalah anak-anak kita untuk turut sama solat berjamaah. Kalau tak mampu kerana urusan tugas dan sebagainya untuk setiap waktu, cuba pastikan dapat bejamaah sekurang-kurangnya sekali dalam sehari atau semampu yang mungkin. Jangan tidak hadir terus untuk berjamaah. Solat berjamaah adalah merupakan syiar Islam dan salah satu makanisma yang paling berkesan bagi mengeratkan ukhuwah antara kita. Surau kita memerlukan sumbangan setiap orang dari kita yang tinggal di taman ini. Allah telah mengurniakan kebolehan dan kemampuan yang berbeza-beza di antara kita. Alangkah baiknya kalau kelebihan yang ada di antara kita dapat disumbangkan sedikit sebanyak untuk meninggikan syiar Islam khususnya di taman kita ini.

Kuliah Maghrib
  • Ustaz Syukor (Pensyarah Politeknik) - Kuliah Hadith - Setiap hari Isnin Minggu 1 dan 2 setiap bulan.
  • Tn. Hj. Fauzi (Pengarah JPN P. Pinang) - Kuliah Tajuid/Al-Quran - Setiap hari Ahad
2. Riadah/Dewan Serbaguna

 

Taman Permainan.
Semua warga Seksyen 5 TBP diharap dapat menggunakan sepenuhnya segala kemudahan yang ada di taman kita ini. Sekiranya ia digunaka tentunya keadaannya akan lebih terjaga dan ada idea-idea untuk menambahbaik semua kemudahan tersebut akan ada. Padang permaianan kita sekarang telah diserahkan oleh pemaju untuk diselanggarakan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Alhamdulillah setakat ini keadaan rumputnya lebih terjaga. Namun demikian ada beberapa kemudahan seperti sebahagian alat-alat permaian dan lampu masih belum boleh digunakan. Pihak kami sedang berusaha untuk memohon kepada pihak MPSP bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai warga yang perihatin marilah sama-sama kita menjaga segala kemudahan tersebut serta kebersihannya demi keselesaan  bersama.  

Dewan Serbaguna
Dewan Serbagunakita telah dilengkapi dengan perabut seperti meja dan kerusi bagi kemudahan kita bersama. Semua penduduk diharap dapat menggunakan dewan tersebut untuk aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Sebuah meja Ping-Pong juga telah disediakan oleh warga Seksyen 5 yang perihatin. Anda boleh menggunakannya siang atau malam. Walau bagaimanapun pihak kami terpaksa mengunci dewan tersebut demi menjaga keselamata segala kemudahan yang ada. Anda boleh menghubungi ketua-ketua lorong untuk mendapatlkan kunci tersebut.

3. Kelas Silat Lian Padukan

Assalamualaikum,

Harap maklum bahawa kelas Lian Padukan di Dewan Serbaguna Seksyen 5, Bertam Putra telah bermula.  Kelas ini di jalankan setiap hari Sabtu malam Ahad setiap minggu bemula jam 9.00 - 12.00 malam. Semua warga Putra Bertam tanpa mengira usia dijemput untuk turut serta.

LIAN adalah perkataan dalam bahasa Yunan, bermaksud "SILAT" dalam bahasa Melayu atau cara-cara atau teknik-teknik beladiri. Itulah yang dianggap oleh Guru Silat Lian pada satu masa dahulu. Bagi kami daripada Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia beranggapan sebagai 'L'- Latihan, 'I'-Istikamah, 'A'-Anggota, 'N'-Nafas. Iaitu penyatuan segala gerak laku tubuh adalah bergantung semata-mata kepada kemampuan nafas.

Gerak Silat Lian ini pula adalah sejenis cara mempertahankan diri yang berasal dari Yunan. Nama asal persilatan ini ialah LIAN YUNAN, BUAH PUKUL MERSING, atau LIAN 13. Ianya telah berkembang di Tanah Melayu pada zaman dahulu dan sejarahnya telah dicatat pada mulanya oleh Syed Abdul Rahman pada Februari 1897 di Bandar Maharani, Muar. Pergerakan jurusnya ada sedikit kelainan mengikut guru-guru Lian yang mengembangkannya. tetapi ianya tetap Lian dan juga tetap Buah Pukul, asalnya dari satu keturunan, demikian dinyatakan oleh Guru Tua Ali Bin Kassim dari Endau, Johor. Di dalam Aliran Gerak Silat Lian ianya perlu diketahui ukuran jangka musuh, gerak ini perlu dipelajari dan dihayati kerana ianya adalah "Senjata Bagi Kita dan Rahsia Bagi Musuh".

 

  
Any inquiry please contact Cikgu Sheikh, Lorong 5/12 - 016-4001705 or Ady - 019-4968191