Selamat Datang ke Laman Blog KRT Seksyen 5, Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang
________________________________________________________________________________________________________

Saturday, May 8, 2010

Samak Karpet Surau


Alhamdulillah, masalah ini telah dapat diselesaikan.

Ada di kalangan jamaah surau yang ada rasa sedikit was-was kerana ada beberapa anak-anak di taman kita pernah ternampak seekor anjing telah masuk ke dalam surau. Bila isu ini ditimbulkan ada pelbagai pandangan, sama ada perlu disamak atau tidak. Ada di kalangan jamaah yang berpendapat tidak perlu di samak dengan alasan-alasan yang diberikan. Begitu juga yang berpendapat agar disamak mempunyai pandangan yang tersendiri.

Akhirnya JK Surau telah memutuskan untuk menyamak surau. Apatah lagi sekarang ini sudah ada sabun "Toharoh" yang dirumus khas (daripada tanah) untuk menyamak najis muhalazoh. Kita juga sudah ada vacuum yang canggih untuk mengeringkan karpet yang lembab. Satu gotong royong menyamak surau dan membersih surau telah dijalankan pada 6 Mei yang lepas. Tamat jam 12.00 malam. Sepanjang malam kipas dipasang. Dan menjelang subuh semua sudah kering dan karpet lebih wangi. Alhamdulillah.

Alakulihal diharap semua ahli jamaah sudah tidak perlu ragu-ragu lagi dan yakin untuk sama-sama berjamaah di Surau Al-Falah.