Selamat Datang ke Laman Blog KRT Seksyen 5, Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang
________________________________________________________________________________________________________

Thursday, May 26, 2011

Gambar-Gambar Mesyuarat Agong KRT 2011


En. Asrul Pegawai Jabatan Perpaduan Negara Pulau Pinang sedang mempengerusikan Mesyuarat Agong KRT Seksyen 5, Bandar Putra Bertam


Wednesday, February 16, 2011

Mesyuarat Agong KRT Seksyen 5 Kali Ke-3


Untuk makluman penduduk JK KRT bagi sesi 2009/2010 telah pun berakhir pad 31 Disember yang lalu. Sehubungan dengan itu bagi pihak pendduduk kita perlu menghantar senarai JK KRT yang baru bagi sesi 2011/2012 kepada Jabatan Perpaduan Negara selewat-lewatnya akhir bulan Mac 2011. Diharap tuan-puan dapat meluangkan masa yang sangat berharga untuk memilih AJK yang baru melalui mesyuarat tersebut. Datanglah beramai-ramai untuk kepentingan bersama. Terima kasih.

Wednesday, September 22, 2010

Gotong Royong Perdana








Pada 31 Julai 2010 yang lalu KRT Seksyen 5 dengan kerjasama Surau Al- Falah telah menganjurkan Gotong Royong Perdana. Selain daripada penduduk tempatan gotong royong ini juga telah disertai oleh lebih 40 orang pelajar serta pensyarah Politeknik Seberang Perai. Selain itu kita juga telah mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang telah menyediakan jentera, peralatan serta kaki tangan pada hari tersebut. Tiga buah lori telah di hantar ke kawasan gotong royong iaitu: Lori yang membawa peralatan untuk mencantas pokok, lori penyembur air yang digunakan untuk mencuci longkang dan dewan dan lori pengangkut sampah.

Gotong royong telah dimulakan seawal 8.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang. Disebelah tengahari telah diadakan majlis tahlil dan doa selamat. Di antara lokasi gotong royong ialah Surau Al-Falah, Dewan, Padang Permainan dan Kolam Tadahan Air. Semua yang hadir pada program tersebut telah dijamu dengan makanan pagi dan tengahari yang telah dimasak secara gotong royong, ditempah dan dari sumbangan ahli taman.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak termasuk pendudukl, MPSP, dan |Politeknik Seberang Perai yang telah menyumbang sama ada dalam bentuk kewangan, idea dan tenaga. Semoga program seperti ini akan terus mendapat sambutan pada masa akan datang. Sama-samalah kita menjaga kebersihan dan keharmonian taman kita.

Saturday, May 8, 2010

Samak Karpet Surau


Alhamdulillah, masalah ini telah dapat diselesaikan.

Ada di kalangan jamaah surau yang ada rasa sedikit was-was kerana ada beberapa anak-anak di taman kita pernah ternampak seekor anjing telah masuk ke dalam surau. Bila isu ini ditimbulkan ada pelbagai pandangan, sama ada perlu disamak atau tidak. Ada di kalangan jamaah yang berpendapat tidak perlu di samak dengan alasan-alasan yang diberikan. Begitu juga yang berpendapat agar disamak mempunyai pandangan yang tersendiri.

Akhirnya JK Surau telah memutuskan untuk menyamak surau. Apatah lagi sekarang ini sudah ada sabun "Toharoh" yang dirumus khas (daripada tanah) untuk menyamak najis muhalazoh. Kita juga sudah ada vacuum yang canggih untuk mengeringkan karpet yang lembab. Satu gotong royong menyamak surau dan membersih surau telah dijalankan pada 6 Mei yang lepas. Tamat jam 12.00 malam. Sepanjang malam kipas dipasang. Dan menjelang subuh semua sudah kering dan karpet lebih wangi. Alhamdulillah.

Alakulihal diharap semua ahli jamaah sudah tidak perlu ragu-ragu lagi dan yakin untuk sama-sama berjamaah di Surau Al-Falah.

Thursday, April 29, 2010

Kawalan Malam Sudah Dilaksanakan

Alhamdulillah akhirnya Unit Kawalan Keselamatan Komuniti telah dapat dijalankan di taman kita mulai 1 April 2010 yang lalu. Buat masa ini kawalan keselamatan hanya dilakukan mulai 12.00 malam sehingga 8.00 pagi. Insya'Allah sekiranya keadaan kewangan kita mencukupi kita boleh panjangkan lagi waktu kawalan. Setakat ini setiap rumah di taman kita diminta untuk menyumbang sebanyak RM 15.00 sebulan untuk membayar khidmat kawalan ini. Pondok kawalan juga telah dapat disediakan

Setiap malam seramai 4 orang akan bertugas mengawal kawasan perumahan kita. Mereka akan memakai "Vest KRT" semasa membuat rondaan. Kepada ahli yang membayar akan diberi tag "Kawalan Keselamatan Komuniti" untuk dilekatkan di pagar rumah. Setiap kali rondaan rumah-rumah yang mempunyai tag akan disuluh setiap 30 minit bagi memastikan tidak berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini.

Walaubagaimanapun masih ramai penduduk yang masih belum menjelaskan sumbangan tersebut menyebabkan banyak perancangan seperti membina palang dan sebagainya masih tidak dapat dijalankan. Setakat ini hanya 220 buah rumah yang telah menjelaskannya. Sedangkan rumah di kawasan kejiranan kita adalah sebanyak 578 buah rumah. Diharap kepada mereka yang belum menjelaskan dapat berhubung dengan ketua lorong (klik butang Jawatankuasa) bagi faedah bersama.

Alhamdulillah, sejak sistem kawalan malam dan rondaan dijalankan tidak berlaku lagi kejadian-kejadian jenayah sepanjang tempoh masa kawalan dijalankan seperti sebelumnya.

Diharapkan Sistem kawalan ini akan dapat diteruskan untuk kebaikan bersama. Ini adalah permintaan sebahagian besar penduduk yang mahu kejiranan dan keluarga mereka selamat terutama di waktu malam ketika para suami bertugas di luar kawasan. Sistem kawalan ini hanya akan dapat diteruskan sekiranya mendapat sokongan dari semua penduduk di kawasan kejiranan kita ini.

Terima kasih kepada penduduk yang peduli dan telah memberikan sumbangan dan tenaga bagi menjayakan sistem kawalan kita ini.

JK KRT.

Monday, March 15, 2010

Mengapa Rancangan untuk Mewujudkan Pengawal Keselamatan Belum Dapat Dilaksanakan?

Ramai di antara penduduk tertanya-tanya tentang cadangan untuk mewujudkan Kawalan Keselamatan di taman kita ini. Pihak JK KRT ingin memohon berbanyak kemaafan di atas kelewatan tersebut. Sebenarnya kami telah mengadakan banyak pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak seperti Syarikat Security, Insuran dan wakil lorong sebelum dapat membuat keputusan. Beberapa perkara yang menjadi masalah ialah;

1. Jumlah penduduk yang mengembalikan borang maklum balas bagi menyatakan persetujuan tidak mencapai sasaran.
2. Kos sebulan bayaran untuk perkhidmatan kawalan keselamatan seramai 6 orang (3 siang dan 3 malam) adalah sebanyak RM 10,800.00. Pihak JK merasakan tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan sumbangan dan menjalankan kutipan sejumlah itu daripada penduduk untuk setiap bulan.
3. Rondaan waktu malam yang dijalankan secara sukarela oleh penduduk secara bergilir-gilir mengikut lorong telah dapat mengurangkan kes kecurian di taman kita. Walau bagaimanapun penglibatan penduduk untuk program rondaan ini masih rendah terutama pada hari bekerja.
4. JK KRT dan wakil-wakil lorong telah membuat keputusan untuk mengadakan kawalan keselamatan hanya bermula 12.00 malam sehingga 8.00 pagi. Dengan itu kos dapat dikurangkan. Surat hebahan akan diedarkan pertengahan bulan Mac 2010 dan diharapkan Kawalan Keselamatan ini akan dapat dijalankan mulai bulan April 2010. Kerjasama dari semua penduduk sangat-sangat diharapkan demi untuk mewujudkan kawasan kejiranan yang lebih baik.