Selamat Datang ke Laman Blog KRT Seksyen 5, Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang
________________________________________________________________________________________________________

Monday, March 15, 2010

Mengapa Rancangan untuk Mewujudkan Pengawal Keselamatan Belum Dapat Dilaksanakan?

Ramai di antara penduduk tertanya-tanya tentang cadangan untuk mewujudkan Kawalan Keselamatan di taman kita ini. Pihak JK KRT ingin memohon berbanyak kemaafan di atas kelewatan tersebut. Sebenarnya kami telah mengadakan banyak pertemuan dan perbincangan dengan pelbagai pihak seperti Syarikat Security, Insuran dan wakil lorong sebelum dapat membuat keputusan. Beberapa perkara yang menjadi masalah ialah;

1. Jumlah penduduk yang mengembalikan borang maklum balas bagi menyatakan persetujuan tidak mencapai sasaran.
2. Kos sebulan bayaran untuk perkhidmatan kawalan keselamatan seramai 6 orang (3 siang dan 3 malam) adalah sebanyak RM 10,800.00. Pihak JK merasakan tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan sumbangan dan menjalankan kutipan sejumlah itu daripada penduduk untuk setiap bulan.
3. Rondaan waktu malam yang dijalankan secara sukarela oleh penduduk secara bergilir-gilir mengikut lorong telah dapat mengurangkan kes kecurian di taman kita. Walau bagaimanapun penglibatan penduduk untuk program rondaan ini masih rendah terutama pada hari bekerja.
4. JK KRT dan wakil-wakil lorong telah membuat keputusan untuk mengadakan kawalan keselamatan hanya bermula 12.00 malam sehingga 8.00 pagi. Dengan itu kos dapat dikurangkan. Surat hebahan akan diedarkan pertengahan bulan Mac 2010 dan diharapkan Kawalan Keselamatan ini akan dapat dijalankan mulai bulan April 2010. Kerjasama dari semua penduduk sangat-sangat diharapkan demi untuk mewujudkan kawasan kejiranan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment