Selamat Datang ke Laman Blog KRT Seksyen 5, Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang
________________________________________________________________________________________________________

Monday, March 15, 2010

Laporan Gotong Royong 2009




Surau baru Seksyen 5, Bandar Putra Bertam telah diserahkan oleh pihak Pemaju kepada penduduk melalui Jabatan Agama Islam Pulau Pinang mulai 1 Mei 2009 yang lalu. Pada 19 Mei 2009 KRT Seksyen 5, telah menganjurkan “Program Gotong Royong Membersihkan Surau”. Alhamdullillah sambutan ahli kariah sangat diluar dugaan. Lebih 100 ahli kariah telah turut serta dalam program tersebut. Jamuan ringan telah disediakan oleh KRT. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dan diharapkan aktiviti-aktiviti seperti ini akan terus mendapat sambutan.
Pada tarikh yang sama, diadakan juga mesyuarat melantik Jawatankuasa surau yang baru. Tahniah kepada yang terpilih untuk menerajui Surau Seksyen 5. Mulai tarikh tersebut juga solat jamaah telah dimulakan disurau tersebut. Kini surau tersebut telah dikenali dengan nama Surau Al-Falah. Marilah bersama-sama kita mengimarahkan surau kita disamping merapatkan ukhuwah dan tali persaudaraan sesama kita.

No comments:

Post a Comment