Selamat Datang ke Laman Blog KRT Seksyen 5, Bandar Putra Bertam, Pulau Pinang
________________________________________________________________________________________________________

Monday, March 15, 2010

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (SECURITY GUARD) DAN RONDAAN MALAM

Merujuk kepada perkara di atas, banyak kejadian jenayah seperti pecah rumah, ragut, rompakan (pukau) dan cubaan menculik kanak-kanak telah berlaku di kawasan kejiranan kita. Kejadian ini semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. Kejadian-kejadian tersebut berlaku tanpa mengira waktu sama ada siang, malam atau awal pagi.

2. Buat masa ini aktiviti rondaan secara bergilir-gilir pada waktu malam mengikut lorong sedang berjalan. Namun penglibatan penduduk secara sukarela dalam aktiviti rondaan tersebut masih rendah. Satu majlis dialog bersama penduduk telah diadakan pada 3 Januari 2010 yang lalu di Dewan Serbaguna Bandar Putra Bertam. Seramai 107 orang penduduk yang hadir dalam dialog tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan dua perkara berikut;

I. Mengadakan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Guard) dan meneruskan aktiviti rondaan secara sukarela seperti yang sedang berjalan sekarang.
II. Menutup lorong-lorong tikus (laluan motosikal) yang telah dikenalpasti digunakan oleh penjenayah untuk melarikan diri.

3. Daripada perbincangan JK KRT Seksyen 5 dengan syarikat kawalan keselamatan yang telah dikenalpasti kos untuk perkhidmatan kawalan keselamatan adalah seperti berikut;
I. Kos bayaran untuk setiap rumah ialah RM 20.00 sebulan dan melibatkan tidak kurang daripada 350 buah rumah. (sekiranya lebih boleh dirundingkan lagi)
II. Perkhidmatan yang diberikan ialah kawalan 24 jam serta perlindungan insuran. Setiap hari anggota keselamatan yang akan bertugas adalah seramai 6 orang (3 orang setiap sift). Sebahagian akan bertugas di pos kawalan dan sebahagian akan meronda di dalam kawasan perumahan.

4. Sehubungan dengan itu pihak kami amat memerlukan maklum balas daripada semua penduduk dengan mengisi borang jawapan yang disertakan kepada ketua lorong masing-masing sebelum 27 Januari 2010 untuk tindakan selanjutnya. Perkhidmatan kawalan keselamatan akan hanya diteruskan sekiranya persetujuan daripada semua penduduk mencukupi.

Kerjasama daripada semua penduduk didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

“Muafakat Membawa Berkat”

Yang menjalankan tugas,


HJ. ABDUL HAMID BIN RAMLEE
(Pengerusi KRT )
Seksyen 5, Bandar Putra Bertam

No comments:

Post a Comment